Lixdo[dot]Net



« | »

App Store Alternatif Untuk Android Market

alt

Android Market milik Google bukanlah satu-satunya tempat untuk mendapatkan aplikasi Android. Jika anda ingin mendapatkan aplikasi menggunakan cara lain dengan pembekal aplikasi Android, boleh cuba mencari altenatif dengan menggunakan App Store dari pihak lain.

Namun perlu diingat, secara lalai, Android menyekat pemasangan aplikasi selain melalui Android Market. Jika ingin menggunakannya anda boleh mengaktifkan tanda semak pada pilihan ‘Unknown Sources “melalui Settings ^ Applications.

Ini kami sertakan 5 laman pembekal aplikasi Android alternatif yang cukup menarik dan lengkap.

1.    Amazon Appstore for Android
alt

 

Amazon Appstore yang dikeluarkan pada bulan Mac 2011 merupakan pembekal aplikasi Android terpopuler setelah Android Market. Hal ini boleh jadi kerana laman pembekal aplikasi Android ini secara lalai digunakan pada peranti Kindle Fire. Yang menarik, Amazon App Store setiap hari memberikan aplikasi berbayar secara percuma kepada pengguna dalam masa setiap 24 jam. Hanya saja kelemahan terbesar laman web ini adalah perkhidmatan yang hanya boleh digunakan oleh pengguna yang menetap di kawasan tertentu saja. Selain Amerika Syarikat, pengguna dinegara seperti India, Australia, serta beberapa negara di Eropah boleh memanfaatkan perkhidmatan tersebut.

2.    GetJar
alt

 

Tidak seperti Amazon yang menyediakan aplikasi berbayar yang digratiskan secara terhad, GetJar juga memberikan promosi berupa aplikasi berbayar yang boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma tanpa batasan waktu. Kemudahan dengan nama ‘Gold Apps’ ini ditawarkan setiap minggu dengan pilihan aplikasi yang pelbagai dari pelbagai kategori. Asiknya, perkhidmatan GetJar boleh digunakan dari pengguna di seluruh dunia sehingga kamu boleh memanfaatkan segala perkhidmatan yang ada secara percuma dan tidak. GetJar juga menyediakan aplikasi selain untuk Android, diantaranya bagi pengguna Blackberry, Nokia, Samsung, LG, hingga Palm dengan masing-masing sistem operasinya.

3.    AppBrain
alt

Appbrain menawarkan pendekatan yang agak berbeza dengan App Store kebanyakan. Selain menyediakan aplikasi Android, appbrain juga menyediakan kemudahan pertemanan layaknya situs jejaring sosial. Dengan ciri-ciri sosial, anda boleh menjalin pertemanan dengan pengguna lain dan boleh mendapatkan cadangan daripada mereka mengenai aplikasi yang ada. Pengguna juga boleh melakukan sharing aplikasi melalui rangkaian sosial dan memasang aplikasi melalui PC. Appbrain memaparkan aplikasi berbayar mahupun percuma yang
disusun mengikut kategori. Selain itu aplikasi juga dipaparkan mengikut pilihan cadangan daripada pengguna lain. Anda juga akan mendapati aplikasi mengikut Hot apps
Today, Hot Apps This Week, Hot Apps Today Paid dan All Time Popular Apps.

4.    SlideME
alt

Meski aplikasi yang ditawarkan tidak selengkap Android Market-nya Google, SlideMe mempunyai beberapa kelebihan yang tidak terdapat pada App Store lain. Diantaranya dengan menawarkan ciri-ciri Storage Locker. Ciri-ciri ini berguna bagi pengguna yang telah membeli aplikasi melalui market dan hendak memuat turun semula atau melakukan upgrade disaat aplikasi tersebut hilang, terhapus atau telah direset. Untuk menggunakannya pengguna mesti memuat turun dahulu aplikasi SlideMe Market App (SAM) melalui browser kamu di
http://slideme.org/sam.apk. Selanjutnya tinggal lakukan pemasangan dan jalankan SAM. SlideMe juga banyak ditemui secara lalai pada tablet mahupun smartphone Android dari jenama yang kurang popular (contohnya tanda cina atau tempatan) sebagai alternatif Android Market.

5.    Opera Mobile Store
alt

Browser Opera Mobile terbaru telah menyediakan pautan untuk mengakses aplikasi berasaskan Android. Pautan ini secara default telah terdapat pada speed dial Opera dengan nama Opera Mobile Store. Disini disediakan pilihan aplikasi Android mengikut 3 kategori saja, Popular, Baru, dan Percuma. Sedangkan jika kamu mengaksesnya melalui browser desktop,
tampilannya lebih lengkap dengan pilihan kategori layaknya App Store lain. Dilengkapi dengan lebih dari 55.000 aplikasi, Opera Mobile Store dibina dan dilancarkan melalui kerjasama strategik dengan Appia, pembekal teknologi aplikasi marketplace yang terdepan. Selain Android, disediakan pula aplikasi untuk sistem operasi mobile lain seperti Windows Mobile, Java, Symbian, Blackberry, dan iPhone.
***
Selain 5 pembekal perkhidmatan aplikasi Android tersebut, masih banyak laman web lain yang tidak kalah menarik. Diantaranya:

– Pdassi for Android (http://android.pdassi.com/)
– Samsung Apps (http://www.samsungapps.com/)
– APKtor (http://www.androlib.com/)
– AppPlanet (http://applanet.net/)
– Yamm Market (http://yaam.mobi/)
– Famigo (http://www.famigo.com/)
– F-Droid (http://f-droid.org/)
– Dan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Be Sociable, Share!

Posted by on 05/03/2012.

Tags: , , , , , ,

Categories: Teknologi

« | »




Recent Posts


Pages



About Lixdo[dot]Net

LIXDO adalah berasal daripada Linux + Doremon = LIXDOmore →