Lixdo[dot]Net



« | »

Baiki Registry Dengan Offline NT Password & Registry Editor

Selalunya apabila virus menyerang komputer anda, ia akan mengubah nilai dalam registry – contohnya mematikan fungsi Task Manager,  regedit, dan juga Folder Options. Cara mudah untuk membaikinya adalah menggunakan RRT. Anda juga boleh menggunakan cara manual iaitu menggunakan regedit atau gpedit.msc, dua alat yang sedia ada dalam Windows (klik sini untuk cara manual membaiki Task Manager, regedit, dan kotak Run).

Tapi, bagaimana pula jika virus tersebut menyebabkan anda tak dapat langsung nak masuk ke dalam Windows? Contohnya dalam kes Windows log on dan log off secara automatik. Kalau anda tak dapat masuk ke dalam Windows, sudah tentulah anda tak dapat menggunakan regedit dan gpedit.msc, ataupun software seperti RRT.

Di sinilah anda boleh menggunakan Offline NT Password & Registry Editor. Selain dari reset password Windows,  boot CD ini boleh digunakan untuk mengubah nilai registry, sama seperti regedit. Oleh kerana ianya boot CD, Offline NT Password & Registry Editor ini boleh dijalankan terus dari CD tanpa perlu masuk ke dalam Windows.

Berikut adalah asas cara-cara menggunakan Offline NT Password & Registry Editor:

Cara-cara Membuat Boot CD

  1. Download cd080802.zip dan extract fail tersebut.
  2. Burn fail cd080802.iso ke dalam CD menggunakan ImgBurn. Kini CD anda sudah boleh digunakan.

Cara-cara Mengubah Nilai Registry

  1. Pastikan boot sequence pada BIOS anda telah ditetapkan kepada CD.
  2. Boot komputer dari CD tersebut.
  3. Mula-mula sekali, boot menu akan keluar. Tekan Enter sahaja untuk mulakan Offline NT Password & Registry Editor.
    offline-regedit-01

Step ONE: Select disk where the Windows installation is
Langkah PERTAMA: Pilih partition yang mengandungi folder Windows

  1. Offline NT Editor akan memaparkan senarai hard disk yang dijumpai, serta partition yang mempunyai Windows. Pilih partition Windows anda dan tekan Enter.
    offline-regedit-02

Step TWO: Select PATH and registry files
Langkah KEDUA: Pilih folder yang mengandungi fail registry

  1. Offline NT Editor akan meminta anda memasukkan PATH bagi folder registry. Biasanya anda tidak perlu risau akan hal ini, anda hanya perlu tekan Enter sahaja.
    offline-regedit-03
  2. Pada paparan seterusnya, pilih 2, “RecoveryConsole parameters [software]”
    offline-regedit-04

Step THREE: Password or regsitry edit
Langkah KETIGA: Ubah password atau registy

  1. Menu Chntpw akan keluar. Pilih 9, “Registry editor, now with full write support”
    offline-regedit-05
  2. Anda boleh taipkan “?” untuk melihat senarai arahan yang boleh digunakan. offline-regedit-06
  3. Sebagai contoh, jika anda hendak mengubah nilai shell yang berada dalam HKLM\Software\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon. Apa yang anda perlu masukkan adalah:
    1. cd Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon
      offline-regedit-07
    2. ed Shell
      offline-regedit-08
    3. Masukkan nilai baru dan tekan Enter.
  4. Setelah siap mengubah nilai registry yang anda mahu, taipkan q untuk keluar dari Registry editor.
  5. Taip q sekali lagi untuk keluar dari sistem.

Step FOUR: Writing back changes
Langkah KEEMPAT: Jalankan operasi

  1. Taip y bagi memastikan segala operasi yang telah anda lakukan tadi dijalankan.
    offline-regedit-09
  2. Taip n dan kini anda boleh restart semula komputer.
    offline-regedit-10

Begitulah penerangan tentang cara-cara menggunakan Offline NT Password & Registry Editor. Oh ya, selain dari boot CD, anda juga boleh masukkannya ke dalam USB. Hanya copy sahaja fail dari dalam CD tersebut ke USB drive. Selamat mencuba :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Be Sociable, Share!

Posted by on 10/05/2012.

Tags: , , , ,

Categories: Tutorial

« | »




Recent Posts


Pages



About Lixdo[dot]Net

LIXDO adalah berasal daripada Linux + Doremon = LIXDOmore →