Lixdo[dot]Net



« | »

Bogel Di Pulau Johor

freelance_fotograf__433292d

Mengemparkan apabila Harian Metro memaparkan tentang sebuah rancangan terbitan stesen televisyen Denmark yang sedang merakamkan salah satu daripada episode”Survivor Robinson Ekspeditionen” yang menonjolkan aksi perseta rancangan itu  berlumba lari dalam keadaan telanjang bulat.  Apa yang mengejutkan ialah rancangan itu dirakamkan di salah sebuah pulau di Negeri Johor.

Perkara ini amatlah memalukan kepada Malaysia yang memang dikenali sebagai sebuah negara islam. Bagaimakah perkara ini boleh terlepas daripada pandangan pihak berkuasa, kerana setahu saya semua pernerbitan yang ingin membuat rakaman rancangan meraka di malaysia perlu mendapatkan kebenaran dahulu daripada pihak berkuasa di Malaysia.  Mungkin kah rancangan yang memaparkan perserta dalam keadaan telanjang bulat ataupun bogel ini salah satu daripada cara untuk menghina islam, kerana kita semua tahu sejak kebelakangkan ini banyak perkara yang di buat oleh rakyat denmark semata-mata hanya untuk menghina Islam.

freelance_fotograf__433297m
Baca petikan yang diambik daripada Harian Metro di bawah ini.

KUALA LUMPUR: Gempar apabila sebuah akhbar online di Denmark, semalam memaparkan babak mengaibkan sebuah program realiti terbitan sebuah stesen televisyen negara itu yang menonjolkan aksi peserta Survivor Robinson Ekspeditionen berlumba lari dalam keadaan telanjang bulat.

Lebih memeranjatkan apabila seorang pembaca akhbar ScandAsia.com di Internet yang mempunyai pertalian saudara dengan rakyat Malaysia, mendapati rancangan realiti di TV3 Denmark itu menjalani penggambaran di sebuah pulau di perairan Mersing, Johor.

Difahamkan, semua peserta program realiti televisyen yang sedang disiarkan di negara Scandinavia itu dibawa khas dari Denmark bagi mengharungi pelbagai ujian lasak secara fizikal dan mental.

Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada penerbit program itu mempunyai agenda tersembunyi apabila mewajibkan semua peserta berlumba lari dalam keadaan bogel, seolah-olah mahu menunjukkan kepada dunia rakyat Malaysia masih kuno dan tidak berpakaian.

Rancangan realiti itu yang diadakan setiap tahun memilih lokasi berbeza di seluruh dunia bagi menarik perhatian penonton negara berkenaan yang disiarkan melalui saluran televisyen itu.

Namun, difahamkan, ini pertama kali program berkenaan mensyaratkan peserta lelaki dan wanita menanggalkan semua pakaian sebelum berlumba lari sesama mereka.

Ia sekali gus mencetuskan kritikan penonton program itu yang menyelar penerbitnya kerana menjatuhkan air muka peserta, selain cuba mencetuskan kontroversi itu negara yang menjadi lokasi penggambaran.

Babak acara lumba lari bogel berkenaan yang tersebar melalui akhbar online yang mempunyai pautan dengan laman web program realiti televisyen berkenaan, dianggap satu bentuk penghinaan disengajakan yang boleh menjatuhkan maruah peserta.

Berdasarkan maklumat, seramai 16 daripada 22 peserta program berkenaan terpaksa menyertai acara lumba lari dalam keadaan bogel manakala lima peserta lagi masih berseluar dalam.

Mereka kemudian disyaratkan memakan ulat gonggok sebagai ujian ketahanan fizikal, sebelum melalui proses undian bagi menyingkirkan peserta yang dianggap tidak lagi layak menyertai cabaran.

Difahamkan, seorang peserta wanita yang enggan membuka pakaian untuk menyertai lumba lari berkenaan disingkirkan daripada program berkenaan sebelum dihantar pulang ke Denmark serta-merta.

Berdasarkan dua gambar berasingan yang dipaparkan di akhbar online itu, beberapa lelaki dan wanita kelihatan sedang berlari dalam keadaan bogel di kawasan di pantai.

Turut dipaparkan gambar seorang wanita sedang berlari dalam keadaan bogel secara bersendirian.

Seorang rakyat Denmark yang mengirimkan e-mel mengenai babak panas berkenaan kepada Harian Metro, semalam menyifatkan program yang dipaparkan itu bentuk ‘pertandingan pornografi secara lembut’.

Sebaik membaca akhbar online pagi semalam, dia mendakwa terkejut bagaimana program seumpama itu boleh dibenarkan menjalani penggambaran di Malaysia selain menyatakan rasa hairan mengapa ia boleh sewenang-wenang diluluskan pihak berkuasa di negara ini, khususnya di Johor.

Mengikut sejarah, Ekspedisi Robinson dicatatkan berlaku pada 1905 apabila sekumpulan 65 orang tempatan dan seorang lelaki bernama Robinson memulakan perjalanan dari di Kuala Tembeling, Pahang pada pagi 17 Mei dengan menaiki bot menuju Kuala Tahan bagi menakluki puncak Gunung Tahan di Banjaran Titiwangsa.

freelance_fotograf__433276d

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Be Sociable, Share!

Posted by on 09/05/2009.

Tags: ,

Categories: Meja Admin, Petikan Berita

  • http://choco-top.blogspot.com princess_misz

    umaakkk ai ! tak yah suluh dh mmg terang sgt dh gambo ni.. mmg jenis yg guy suka ni ahaahha

    princess_misz’s last blog post..Mak we !!!

    • http://www.lixdo.net Lixdo

      guy tertarik tgk gambar nie :)

  • http://www.elcojp.com/ AnnaHopn

    Onload of page my antivirus put alert, check pls.
    Thanks
    AnnaHopn

    • http://www.lixdo.net Lixdo

      can you post screen shot or virus info

  • JAli

    Apsal tak ckp aku nak bergambo kat mersing!!!

    Aku sanggup berkhemah kat utan tue semata2 nak joging skali dgn depa nie. bukan apa, takde niat buruk, cuma nak tunjuk 1Malaysia ni rakyat nya peramas.

    • http://www.lixdo.net Lixdo

      depa takut hang join sekali tuelah pasal depa tak kabor. nanti depa tgk hang punye …. mahu pengsan semua :)

  • kuLingpapat

    senset!…wei…top mata pat~

  • esma daniel

    aiwat tak habaq awal-awal kat pulau tu ada aktiviti mcmtu…lau habaq awal-awal leh lah join sama.he he…….

  • JEHAN

    INI SEMUA KERJA BODOH YANG MENGGAMBARKAN TAMADUN TIDAK DI HARGAI DAN ORANG MACAM NI LAYAK HIDUP DI ZAMAN BATU SAHAJA.

  • Pingback: da ma cai()

  • Pingback: investment fraud()

  • Pingback: Prediksi Angka Jitu Hari Ini()

« | »




Recent Posts


Pages



About Lixdo[dot]Net

LIXDO adalah berasal daripada Linux + Doremon = LIXDOmore →