1042291_f520

Demi memberikan kefahaman kepada setiap orang apa itu Influenza A(H1N1) atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi, saya ingin Memetik serta menulis sedikit sebanyak tentang Influenza ini..

Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).

Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.

Influenza ini bukanlah disebabkan kerana anda memakan atau menyentuh BABI.. Tetapi seperti yang dikatakan ia adalah sejenis Virus baru hasil dari campuran genetik manusia, babi dan burung.

Jadi kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?

Ya, seringkali serta ada yang masih merasakan virus ini adalah disebabkan babi semata-mata kerana ianya dipanggil SELESEMA BABI atau Swine Flu, Tanggapan itu salah. Virus ini

dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal

dari Amerika Utara. Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

Apakah gejala virus ini?

Agak sukar untuk membezakan gejala Influenza A(H1N1) ini dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) kerana Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa di

mana pesakit akan demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini

mengalami cirit-birit dan muntah.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang

4. Wanita mengandung

5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular

atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Influenza ini tidak mustahil untuk dielakkan, kerana dengan mengambil langkah-langkah MITIGASI (keredaan) individu dapat mengelak dari dijangkiti oleh VIRUS ini.. Di Antara

langkah- langkahnya:

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

* Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

* Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi

dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

* Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

o Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan

individu yang mengalami gejala selesema

o Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu

yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

o Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah

satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

o Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti

mereka yang menjaga pesakit.

5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Klik Untuk Besarkan Gambar

PERKEMBANGAN TERKINI KES Influenza A(H1N1)

31 Julai 2009

Malaysia telah mencatat sejumlah 1,371 kes. Di mana 69 kes dilaporkan pada hari ini, dan sebanyak 5 kes kematian telah berlaku. Jangkitan tempatan

mencatat jumlah sebanyak 797 kes dan kes import sebanyak 574 kes.

2 Ogos 2009

Pada 2 Ogos 2009 sejumlah 39 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 2 kematian dilaporkan. Semua kes adalah kes tempatan dan warga negara Malaysia. Daripada 39 kes yang dilaporkan hari ini, 35 merupakan kejadian dari 8 kluster baru dan 4 kes sporadik atau terpencil.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 2 Ogos 2009 adalah sebanyak 1,429 kes dengan 6 kematian. Daripada 1,429 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (40%) merupakan kes import dan 855 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,394 kes (98%) telah sembuh, hanya 19 kes atau 1% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sepuluh (10) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

3 Ogos 2009

Baru tengok berita tadi.. Sekarang jumlah kematian akibat kes H1N1 nih meningkat kepada 7 orang.

Kes – Kes Baru: 17
Kes – Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 17
Kes Kematian: 1

Jumlah Kes di Malaysia: 1,446 termasuk 7 kematian.

574 (40%) merupakan kes import dan 872 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,408 kes (97%) telah sembuh, hanya 29 kes atau 2% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital di mana 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Daripada 8 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti(1), wanita hamil(1) dan imuniti rendah(2).

Bagi 17 kes sporadik, 7 dirawat di wad isolasi hospital, 1 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 9 orang menerima rawatan pesakit luar.

4 Ogos 2009

Baru ja tengok berita jumlah telah meningkat ke 8 orang maut akibat jangkitan H1N1.

Kes – Kes Baru: 14
Kes – Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 14
Kes Kematian: 0

Jumlah Kes di Malaysia: 1,460 termasuk 8 kematian.

574 (39.4%) merupakan kes import dan 886 (60.6%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,410 kes (96.5%) telah sembuh, hanya 27 kes atau 1.8% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital di mana 10 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Dua puluh tiga (23) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Daripada 10 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 3 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), wanita lepas bersalin (1) dan imuniti rendah (2).

Bagi 14 kes tersebut, 1 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 13 orang menerima rawatan pesakit luar.

5 Ogos 2009

Jumlah kematian telah meningkat ke angka 9.

InsyaAllah saya akan cuba update mengenai kes ini dari masa ke semasa..

Harap info ini dapat memberikan kefahaman serta kesedaran kepada semua..

Sumber dipetik dari : Influenza A(H1N1) – Kementerian Kesihatan Malaysia

Petikan di atas di ambik daripada Eversite Forum dan di tulis oleh Waleh

All Credit To The Writter

Incoming search terms:

Be Sociable, Share!