Pelumba Honda Marco Simoncelli Maut

Pelumba Honda Marco Simoncelli Maut

Kemalangan maut di Litar Sepang pada MotoGP 23 Oktober 2011 yang mengakibatkan pemandu jentera Honda dari pasukan San Carlo Honda, Marco Simoncelli maut. Akibat dari kemalangan maut itu perlumbaan di hentikan serta-merta. Terdapat juga sedikit kekecohan pada penonton apa bila perlumbaan di hentikan.

Ada sesetengah penonton yang melontar objek kedalam litar akibat ketidakpuasan hati kerana perlumbaan di hentikan. Apa-apa pun yang berlaku RIP To Marco Simoncelli. Saksikan video kemalangan itu di bawah.

;

 

SEPANG: Penunggang Honda, Marco Simoncelli dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.

Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan, demikian diputuskan oleh penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports.

Pembatalan acara MotoGP dibuat selepas kemalangan membabitkan penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli. – BERNAMA – BHarian

 

Be Sociable, Share!