Kod-kod REJECT dlm proses MNP (port in)

* SP10 – Nombor Kad pengenalan baru salah.
Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik
asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal ).
Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

* SP11 – Nombor Kad pengenalan lama salah.
Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik
asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal).
Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

* SP12 – Nombor ID polis/tentera salah.
Remark/Resolution : Semak butiran Nombor ID Polis/tentera
pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor
asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

* SP13 – Nombor Passport salah.
Remark/Resolution : Semak butiran Passport pemilik asal
dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan
dan Re-submit semula permohonan MNP.

* SP51 – Nombor masih mempunyai kontrak dengan donor
asal.
Remark/Resolution : Semak dengan penyedia rangkaian sedia
ada ( Donor asal)samada nombor tersebut mempunyai kontrak
atau tidak. Pemilik asal perlu batalkan kontrak sedia ada.
Sekiranya Kontrak sudah di batalkan , Re-submit semula
permohonan MNP tersebut.

* SP52 – Mempunyai akaun tertunggak.
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu jelaskan pembayaran
akaun yang tertunggak dengan Penyedia rangkaian sedia ada
( Donor asal). Jika Boleh, lebihkan pembayaran bil. Sekiranya
akaun telah dibersihkan dari tunggakan, Sila Re-submit semula
Permohonan MNP.

* SP54 – Nombor yg hendak di MNP bukan dari donor yg di
daftar.
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu semak dengan
rangkaian sedia ada ( donor asal) samada nombor tersebut
adalah betul dari rangkaian yg di daftarkan. Setelah mendapat
pengesahan, Sila Re-submit semula permohonan MNP
tersebut.

* SP55 – Nombor telah tiada perkhidmatan.
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu pastikan nombor masih
aktif dan sah sebelum membuat permohonan utk MNP.
Sekiranya nombor telah tiada perkhidmatan, nombor tersebut
tidak boleh digunakan lagi.

* SP56 – Nombor tersebut iaitu Pemegang Akaun Utama
( Principal Line) mempunyai talian tambahan di bawahnya
( Supplementary Line).
Remark/Resolution : Pemegang Akaun Utama mesti pergi ke
Penyedia Rangkaian sedia ada (Donor Asal) utk tamatkan
talian tambahan dan salah satu nombor dari talian tambahan
tadi perlu mendaftar semula utk menjadi Pemegang Akaun
utama (Principal Line). Setelah proses berjaya, Permohonan
MNP utk nombor tadi boleh di re-submit semula

* SP57 – Talian tambahan ( Supplementary Line) mempunyai
Pemegang akaun utama ( Principal Line) yang perlu di alihkan.
Remark/Resolution Pemegang talian tambahan perlu
mendaftar semula sebagai pemegang akaun utama. sebaik
sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan
untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

* SP58 – sebahagian atau semua nombor bukan kepunyaan
pelanggan atau syarikat utama.
Remark/Resolution : Pengguna Talian tambahan
(Supplementary Line) perlu mendaftar semula sebagai
pengguna Utama ( Principal subscriber) atau sebagai
Pengguna individu.sebaik sahaja proses ini selesai, maka
mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor
tersebut

* SP59 – Melebihi had Kredit.
Remark/Resolution : memastikan penggunaan perkhidmatan
yang sedia ada tidak melebihi had kredit yang ditetapkan oleh
operator rangkaian semasa.

* SP61 – nombor pelanggan dicabut sementara ( Disconnected)
– samada secara tidak sukarela dan sukarela.
Remark/Resolution : Tanya pelanggan untuk menyemak status
talian / Nombor mereka dengan penyedia perkhidmatan
semasa. Memastikan nombor masih aktif / dihubungkan
dengan pembekal rangkaian semasa sebelum permintaan
untuk mengalihkan nombor tersebut.

Be Sociable, Share!