Mulai tahun 2011 lagi, semua murid-murid tahun 1 akan menggunakan kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau lebih mesra di panggil KSSR. kepada yang ibu bapa yang masih belum faham atau keliru dengan KSSR boleh lah membaca info yang lix kongsikan ini.

Memandangkan anak lix tahun 2012 baru masuk darjah 1 lix pun skodeng tentang apa itu KSSR dan inilah hasilnya info kat bawah nie. Lix harap dengan kurikulum baru nie dapatlah anak-anak murid ini di didik dengan lebih berkesan den sesuai dengan predaran zaman sekarang. Jom baca apa itu KSSR…. 

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Dasar

Membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Matlamat memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai

Matlamat

Memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai.

Latar Belakang

Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. 1983 – Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1993 – Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 2003 – KBSR (Semakan) 2011 – Kurikulum Standard SekolahRendah (KSSR)

Tranformasi kurikulum

Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

 

                       

Konsep Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah

• Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

• Berasaskan Prinsip KBSR :

- Pendekatan Bersepadu

- Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

- Peluang dan Kualiti Pendidikan yang Sama untuk Semua Murid

- Pendidikan Seumur Hidup

 

Elemen Tambah Nilai

• Kreativiti dan Inovasi
• Keusahawanan
• Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 

 

Kurikulum Berasaskan Standard

Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.

Standard Kandungan

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Kenapa Standard?

• Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan
• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas
• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)
• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran
• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Contoh Standard kandungan Dan Standard Pembelajaran

STANDARD KANDUNGAN

• Bahasa Malaysia - Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul
• Bahasa Inggeris - Able to express personal response to literary texts
• Matematik - Menama dan menentukan nilai nombor

STANDARD PEMBELAJARAN

• Bahasa Malaysia – Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.
• Bahasa Inggeris – Able to respond to: a. Book covers b. Pictures in books c. Characters with guidance
• Matematik –  Menamakan nombor hingga 100: a. Membilang objek dalam kumpulan. b. Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.

 

Pentaksiran P&P

  1. Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran
  2. Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai
  3. Bersifat autentik dan holistik

Kesimpulan

  • Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21;
  • Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan; dan
  • Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.

 

Incoming search terms:

Be Sociable, Share!