Lixdo[dot]Net



« | »

Majlis Agama Islam Selangor Haramkan Lagu Agnes Monica Allah Peduli

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengharamkan lagu Allah Peduli nyanyian artis Indonesia, Agnes Monica daripada disiarkan di Selangor kerana ia boleh memesongkan akidah umat Islam selain penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu terbabit.

Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu itu bagi menggambarkan Jesus dan bagi sebarang kekeliruan, pihaknya mengharamkan lagu terbabit daripada berkumandang di negeri ini.

Penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif untuk umat Islam seperti yang termaktub di bawah Bahagian 1 Jadual Kepada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, sebagai perkataan (Allah) yang tidak boleh digunakan orang bukan Islam. Sehubungan itu, siasatan akan dilakukan pegawai bertauliah mengenai perkara ini termasuk menarik semula edaran album yang mengandungi lagu berkenaan, katanya pada sidang media di sini, semalam.


Beliau mengulas mengenai lagu yang mencetuskan kontroversi Allah Peduli nyanyian Agnes yang beragama Kristian, malah ia pernah disiarkan menerusi ruangan hiburan akhbar Metro Ahad 8 Mac lalu. Malah dalam lagu terbabit, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan Sebab Allah Yesus ku mengerti kedengaran pada bahagian akhir lagu tiga minit 40 saat itu.

Mohamad Adzib berkata, sesetengah daripada kita tidak faham isi kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi dan ia secara senyap-senyap boleh memesongkan keimanan dan akidah umat Islam.


Justeru saya minta pihak yang berkenaan sama ada di peringkat pusat supaya memantau isu lirik lagu ini dan mengambil tindakan tegas demi memelihara kesucian Islam,katanya.


p/s: lebih bagus kalau di haramkan terus daripada memasuki pasaran Malaysia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Be Sociable, Share!

Posted by on 04/12/2011.

Tags: , , , ,

Categories: Petikan Berita

  • http://www.muncet.net iEn

    Sebab Allah Yesus ku mengerti <— Jesus ka?

    • http://www.lixdo.net Lixdo

      lagu nie sebenar nye lagu yang diyanyikan dalam gereja

  • http://loqnerd.com/ loq

    bende cam ni tak leh dipandang ringan
    sebab melibatkan penggunaan Allah
    boikot agnes monica
    tapi aku suke lagu matahari tu plak*
    hehe

    • http://www.lixdo.net Lixdo

      nak boikot tapi suka pulak :)

  • http://nbie89sukermegi.blogspot.com nbie89

    bahye btol…
    nak dengar lagu pown kene usha lyric dulu…
    macam cek makanan halal haram plak…

« | »




Recent Posts


Pages



About Lixdo[dot]Net

LIXDO adalah berasal daripada Linux + Doremon = LIXDOmore →