Lixdo[dot]Net



« | »

MAK NYAH: Fakta Dan Fatwa..

anippondan
FAKTA

Mak Nyah adalah berbeza dengan Khunsa kerana Khunsa adalah individu yang mempunyai dua alat kelamin manakala Mak Nyah adalah individu yang dilahirkan sebagai seorang lelaki tetapi mempunyai perasaan keperempuanan.

Kajian mendapati bahawa 98.63% Mak Nyah adalah lelaki tulen yang dilahirkan sebagai seorang lelaki manakala 1.37% dilahirkan sebagai khunsa.

Kajian seterusnya mendapati bahawa seramai 56 orang (76.71%) daripada 73 Mak Nyah pernah mendapatkan suntikan hormon membesarkan buah dada dan vitamin untuk mencantikkan kulit muka.

Seramai 22% daripada Mak Nyah di Malaysia telah menjalani pembedahan penukaran jantina dan selebihnya bersedia untuk menjalani pembedahan sekiranya diberi peluang.

Kajian juga mendapati bahawa 65.75% daripada responden menjadikan perbuatan liwat dan beberapa perbuatan kotor yang lain untuk memuaskan nafsu mereka.

Golongan Mak Nyah adalah golongan yang menyalahgunakan naluri keperempuanan yang dikurniakan Allah terhadap mereka sehingga menjadikan diri mereka benar-benar seperti perempuan.

Golongan Mak Nyah adalah golongan yang mengalami masalah psikologi dan masalah mereka juga perlu diselesaikan bersama secara psikologi berlandaskan Islam.

Petikan: Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA

FATWA

Kedudukan Mak Nyah Dalam Islam..

Keputusan:
Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya kali ke-126 pada 24 Februari 1983 telah mempersetujui fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa seperti berikut:

(a) Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak,

dan…

(b) Seseorang yang dilahirkan khunsa musykil iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan perempuan diharuskan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi supaya dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Be Sociable, Share!

Posted by on 04/08/2009.

Tags: ,

Categories: Sudut Agama

« | »




Recent Posts


Pages



About Lixdo[dot]Net

LIXDO adalah berasal daripada Linux + Doremon = LIXDOmore →