Pemadam Api Terkecil Di Dunia
Bentuk seperti bom tangan tetapi ia bukan di gunakan untuk mengeluarkan api, sebaliknya ianya di gunakan untuk memadamkan api. Benda kecil ini di beri nama “Pingy”. Pingy mempunyai ketinggian 14cm dan seberat 1kg di katakan mampu untuk memadamkan api permulaan yang selalu terhasil ketika kebakaran rumah.
Pingy sangat sesuai untuk mereka yang tak suka pemadam apai tradisional yang berat dan besar. Pingy telah direka oleh Erik Crommelynck setelah melihat kebanyakan rumah di Belgium tidak mempunyai pemadam api di dapur atau ruang rehat hanya kerana rekabentuk pemadam api tradisional yang agak buruk dan besar.
Dengan reka bentuk Pingy semua orang akan sukanya. Mungkin sedikit perubahan pada bentuk seperti menjadikan Pingy berbentuk botol minyak wangi, ramai yang akan meletakanya pada rak buka atau menjadi sebaris dengan barang hiasan. Dengan beratnya hanya 1Kg Pingy boleh digunakan oleh orang tua ataupun kanak-kanak.


Comments