Perjalanan dan kehidupan

Pada satu pagi yang sunyi, sewaktu lix balik daripada kerja. lix melalui sebatang jalan yang gelap dan lengang. Di hujung jalan kelihatan cahaya yang terang. lix teruskan perjalanan sehingga melepasi cahaya itu tanpa lix ambik tahu ataupun mehampiri cahaya itu. kemudian terlihat lagi satu cahaya yang agak jauh, lix cuba untuk terus memandu sehingga ke cahaya itu. Tetapi cahaya itu hilang tanpa tanda. Pemanduan yang seterusnya dalam keadaan yang gelap dan sunyi.

Di hadapan jalan lix terpandang cahaya lampu jalan yang menyinari sepanjang laluan lix. Sehingga di satu persimpangan lampu isyarat lix terpaksa berhenti untuk menantikan lampu isyarat bertukar hijau. Tak lama kemudian perjalanan kembali kepada keadaan gelap dan terang berulang kali sehinggalah lix berhenti apabila lix sampai ke rumah. TAMAT.

Korang mesti pelikan apa yang lix bebelkan itu tadi. Sebenarnya lix membayangkan perjalanan kehidupan lix seolah-olah sama dengan perjalanan sewaktu lix balik daripada tempat kerja. Lix bermula daripada zaman persekolahan yang memberi satu cahaya untuk masa depan, tapi lix abaikan cahaya itu tanpa lix berusaha untuk mengejarnya. seterusnya selepas peluang itu lix abaikan lix dapat lagi satu peluang yang lix cuba untuk dapatkan tetapi peluang itu hilang tanpa lix dapat hampiri.

Kegelapan itu maksudnya kehidupan lix yang sukar terpaksa lix tempuhi. kemudian cahaya  lampu jalan seolah-olah bantuan yang lix dapat semasa melayari kehidupan lix, semuanya berulang-ulang kali. Lampu isyarat itu mungkin bermaksud lix terpaksa membuat pilihan dalam hidup untuk menentukan hala tuju kehidupan lix seterusnya. Setelah pilihan di buat lix terpaksa kembali mengharungi terang gelap kehidupan atau pun bermaksud susah senang kehidupan. Dan akhir sekali lix akhirnya akan berhenti di penamat kehidupan dunia ini dan disini berakhirnya sebuah perjalanan kehidupan lix.

Inilah yang di katakan perjalanan dan kehidupan, sebab semua hamba Allah akan mengalaminya cuma cara dan selok belok perjalanan setiap manusia adalah berlainan. Kesabaran dan ketakwaan dalam melayari perjalanan kehidupan ini akan membantu kita semua dalam menghadapi sebarang rintangan dan dugaan yang akan timbul. Jangan sesekali kita berputus asa dengan kehidupan kita kerana setiap kesusahan yang kita hadapai ada orang lain yang menghadapai kesusahan yang lebih berat daripada kita. oleh itu kita harus terus tabah menghadapi cabaran yang mendatang.

Sampai sini sahaja lix meluahkan apa yang terbuku dalam permikiran lix selama ini untuk di jadikan panduan kepada hamba Allah yang lain.  Yang baik jadikan amalan yang buruk jadikan panduan. Wassalam.

Be Sociable, Share!